Yayasan Pelajaran Johor telah ditubuhkan melalui Enakmen No.8 Tahun 1982. Yayasan Pelajaran Johor bertanggungjawab menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman/biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajan ke IPT dalam atau luar negara. Antara biasiswa yang pernah dikeluarkan termasuk Biasiswa Sultan Ibrahim, Biasiswa Kenangan Dato' Onn, Biasiswa Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.
Terdapat 2 kekosongan jawatan di Yayasan Pelajaran Johor. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari lima (5) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:
- Penolong Pegawai Undang-Undang
- Pembantu Am Pejabat/Pembantu Operasi
Kongsi Jawatan Kosong Ini »»