Friday, July 4, 2014

Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Tarikh Tutup: 18 Julai 2014

Keretapi Tanag Melayu Berhad adalah agensi utama dalam memberi perkhidmatan rel dengan misi menjadi pilihan utama sistem pengangkutan darat dengan menyediakan perkhidmatan rel bersepadu yang selamat, cekap dan boleh dipercayai untuk penumpang dan barang.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang ditetapkan untuk mengisi jawatan kosong di  Keretapi Tanah Melayu Berhad seperti berikut:

  • Juruteknik Penyelenggaraan Tren
PERMOHONAN SECARA MANUAL


Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 18 Julai 2014 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.