Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang ditetapkan untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Putra Malaysia seperti berikut:
- Pengajar Gred UDP
Cara Memohon:
i. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh didapati dalam laman web Pejabat Pendaftar UPM atau diperolehi dengan cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my
ii. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama dengan Curriculum Vitae, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan Diploma jika berkaitan) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dengan sekeping gambar berukuran passport.
iii. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
Ketua,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor.
(u.p: Cik Siti Nura Amalina Binti Rashid)